Berlatih sifir anda sambil berlumba dengan masa

pin it

Ujian Kepantasan Sifir

Di sini anda boleh berlatih sifir sambil berlumba dengan masa. Pilih sifir yang anda mahu buat. Anda boleh buat sifir sambil berlumba dengan masa secara berasingan, beberapa sifir serentak atau semua sifir serentak. Anda diberi 10 saat untuk setiap soalan. Cabarannya adalah anda perlu menjawab secepat mungkin. Dalam ujian kepantasan, anda diberi 10 markah untuk setiap jawapan yang betul dan satu markah untuk setiap saat yang berbaki. Perkara paling penting adalah anda menjawab soalan dalam masa yang dibenarkan kerana itulah cara mendapat markah paling banyak. Lebih cepat anda menjawab, lebih banyak markah anda dapat. Jika anda pilih semua sifir untuk ujian ini, anda akan diberi tidak kurang 55 soalan. Semoga berjaya!

Mengetahui sifir adalah kemahiran celik angka yang penting.

Kebelakangan ini, banyak perhatian diberikan kepada peningkatan kemahiran celik angka asas, yang penting bagi perkembangan pendidikan masa depan murid. Sebagai contoh, pada tahun 4 dan 5, banyak perhatian dikhaskan untuk sifir tetapi kemahiran yang dipelajari akan diperlukan kemudian dalam matematik. Oleh itu, automasi adalah objektif asas pendidikan sekolah rendah dan latihan rutin pengiraan adalah sebahagian penting dalam kebolehan melakukan kiraan yang lebih susah pada kemudian hari di sekolah. Ujian pengiraan kepantasan ini direka bagi membantu automasi sifir.