Diploma sifir darab

Diploma Sifir

Diploma yang mana anda mahu?


Iklan:

Belajar sifir yang lain juga:

Dapatkan diploma sifir darab anda

Pilih diploma yang anda mahu. Diploma kecil terdiri daripada 30 soalan. Diploma kecil menunjukkan bahawa anda tahu sifir darab 1,2,3,4,5 dan 10. Biasanya, anda akan buat sifir ini pada tahun 4. Untuk diploma sifir besar pula, anda diberi 40 soalan yang merangkumi semua sifir daripada 1 hingga 10. Sifir-sifir ini biasanya anda perlu tahu pada tahun 5.

Anda diberi 7 saat untuk menjawab setiap soalan. Bukan mudah untuk mendapatkan diploma sifir kerana anda perlu menjawab semua soalan dengan betul. Apabila anda selesai dan menjawab semuanya dengan betul, anda boleh lihat diploma anda pada skrin, cetakkan atau hantarkan kepada rakan anda. Masukkan nama anda untuk kami letakkan pada diploma anda. Untuk setiap soalan yang betul, satu gambar haiwan ladang yang comel akan muncul.

Selepas selesai, anda boleh semak kesilapan anda. Baca dengan teliti dan cuba lagi atau buat latihan menggunakan kaedah lain yang tersedia di laman web ini. Seperti ujian kepantasan, anda akan diberi 10 saat setiap soalan dan anda boleh pilih sifir yang anda mahu buat. Lebih cepat anda menjawab, lebih banyak markah anda dapat. Lembaran kerja juga satu cara yang bagus untuk buat latihan. Cetakkannya dan ambil masa untuk buat latihan.
Anda juga boleh ambil ujian ini pada tablet atau telefon bimbit anda.

pin it