Pernyataan privasi

1. Perihal Sifirdarab.com

Laman web Sifirdarab.com (www.Sifirdarab.com) adalah hak milik, dan diuruskan oleh BVK Productions B.V. Kami mementingkan privasi anda dan dasar ini menjelaskan jenis maklumat yang dikumpulkan oleh kami dan juga cara kami melindungi hak privasi anda.

Para pelajar boleh berlatih sifir darab secara percuma melalui permainan dalam talian dan latihan di sifirdarab.com. Anda boleh menggunakan laman web ini dengan atau tanpa akaun percuma.

Anda boleh menghubungi kami dengan menghantar mesej melalui borang hubungan atau hantar e-mel kepada .

2. Akaun

Apakah maklumat yang anda perlu sediakan untuk mencipta akaun?

Untuk mencipta akaun, kami meminta nama gelaran dan kata laluan (itu sahaja). Anda boleh menggunakan maklumat ini untuk log masuk semula kemudian, dan menjejaki keputusan anda.

Apakah maklumat yang akan dijejaki oleh kami selepas anda mencipta akaun?

Jika anda telah mencipta akaun, kami akan menjejak perkara berikut:

- Pingat yang diperoleh
- Diploma yang diperoleh
- Skor anda untuk latihan ‘100 saat’.

3. Menghubungi Sifirdarab.com

Anda boleh menghubungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai Sifirdarab.com. Dalam hal itu kami akan menyimpan maklumat hubungan anda dan pertanyaan/aduan tersebut. Kami juga mungkin meminta maklumat tambahan jika kami rasa ia diperlukan untuk menjawab pertanyaan anda secara optimum.

Maklumat yang dikumpul dengan cara ini digunakan untuk menjawab pertanyaan atau menangani aduan tersebut. Segalanya demi menyediakan bantuan yang terbaik kepada anda.

4. Maklumat yang dijana secara automatik

Untuk membolehkan sifirdarab.com berfungsi dengan lancar. Misalnya, untuk memaparkan halaman web dengan betul, atau menjaminkan keselamatan laman web. Kami memerlukan beberapa maklumat tertentu. Apa yang kami perlukan adalah alamat IP, jenis pelayar dan sistem komputer yang digunakan, halaman yang dikunjungi dan selain itu, kuki akan dipasang pada sistem anda. Kuki hanya akan dipasang jika anda memberi kebenaran untuknya. Maklumat ini akan digunakan terutamanya untuk menyelesaikan isu-isu teknikal dan menangani keselamatan.

Alamat IP boleh digunakan, bersama dengan halaman yang dikunjungi dan kuki, untuk menyiasat apa-apa keadaan luar kebiasaan yang berlaku dan untuk menghentikan percubaan penggodaman.

Data pelayar dan sistem komputer digunakan untuk memperhatikan cara laman web digunakan dan data ini digunakan untuk membuat pelarasan pada laman web. Selain itu, maklumat tersebut juga akan membantu menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan laman web. Ini membolehkan kami mengenalkan keadaan yang menimbulkan sesuatu masalah tertentu.

Pemprosesan maklumat ini diperlukan untuk memastikan keselamatan Sifirdarab.com dan untuk menawarkan laman web yang mesra pengguna.

5. Kuki

Kami menggunakan kuki untuk sifirdarab.com. Maklumat lanjut tentang ini boleh dijumpai dalam pernyataan kuki. Pernyataan kuki menerangkan jenis kuki yang digunakan dan tujuan masing-masing. Kuki hanya akan dipasang jika anda memberi kebenaran.

6. Penyelidikan dan analisis

Sifirdarab.com berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi. Untuk berbuat demikian, kami sentiasa berusaha untuk menganalisa Sifirdarab.com, mengingat, mengukuhkan dan mengoptimumkan supaya, jika perlu, kami boleh membuat pelarasan pada laman web kami. Kami menggunakan data tanpa nama untuk melakukan ini. Contoh data yang kami gunakan bagi tujuan ini termasuk:

- Apakah latihan yang sedang dilakukan
- Apakah permainan yang sedang dimainkan
Tempoh yang diluangkan untuk setiap latihan atau permainan

7. Pengekalan data

secara lazimnya, kami mengekalkan maklumat seberapa lama yang diperlukan untuk tujuan yang tersebut di atas atau untuk memenuhi kewajipan sah (pengekalan). Oleh itu, tempoh pengekalan adalah berdasarkan sifat data tersebut dan tujuan ia diproses oleh Sifirdarab.com. Kami menyimpan data akaun selama 2 tahun. Sekiranya anda memadam akaun anda, semua data yang mengiringinya turut akan dipadamkan dengan serta merta. Kami tidak akan menyimpan maklumat anda lebih lama daripada yang diperlukan bagi tujuan ia diperoleh.

8. Peruntukan kepada pihak ketiga

Maklumat anda tidak akan diberikan kepada pihak ketiga oleh sifirdarab.com tanpa kebenaran nyata daripada anda, melainkan beberapa pengecualian sebagaimana dinyatakan di bawah.

Sifirdarab.com boleh memberikan data anda kepada pihak ketiga menurut undang-undang dan/atau peraturan yang berkenaan, jika Sifirdarab.com menganggapnya perlu sebagai sebahagian daripada kes mahkamah, atau jika Sifirdarab.com menganggapnya perlu demi melindungi haknya sendiri.

Sifirdarab.com juga akan memberi maklumat ini kepada pemproses yang memproses maklumat peribadi bagi pihak Sifirdarab.com. Maklumat anda hanya akan digunakan untuk menyempurnakan tugas-tugas ini. Contoh keadaan ini adalah pengehosan pusat pangkalan data Sifirdarab.com. Sifirdarab.com telah memeteraikan perjanjian (pemprosesan) dengan pemproses maklumat ini yang mengandungi langkah-langkah keselamatan yang harus diperhatikan semasa mengendalikan data anda bagi tujuan melindunginya.

9. Perlindungan data

Kami amat mementingkan keselamatan data anda. Oleh demikian, kami telah memastikan supaya langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi telah diambil untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada hilang atau dipintas.

10. Apakah hak anda

Hak untuk memeriksa

Anda berhak untuk meminta maklumat mengenai, sama ada kami memproses sebarang data yang berkenaan dengan anda atau tidak. Sekiranya ini berlaku, maka mengikut undang-undang, kami akan memberi kepada anda satu salinan maklumat yang telah dikumpulkan mengenai anda.

Hak untuk membetulkan

Anda berhak untuk meminta pembetulan maklumat yang tidak tepat mengenai anda. Jika berkenaan, anda juga berhak untuk memberi maklumat peribadi tambahan bagi tujuan melengkapkan profil data anda.

Hak untuk dilupakan

Anda berhak untuk meminta pemadaman data peribadi (tertentu) yang berkaitan dengan anda (hak untuk dilupakan). Sekiranya permintaan ini dipenuhi, kami akan memadam semua maklumat peribadi yang berkenaan.

Hak untuk menyekat

Anda berhak untuk menyekat penggunaan data peribadi anda. Sekiranya permintaan dipenuhi, kami tidak akan memproses maklumat peribadi anda selanjutnya sementara sekatan masih berkuat kuasa, melainkan jika dikehendaki berbuat demikian menurut undang-undang.

Hak untuk membantah

Anda berhak untuk, di bawah keadaan tertentu, membantah pemprosesan data peribadi, contohnya jika kami memproses maklumat peribadi anda untuk tujuan sah. Sekiranya anda membantah, kami akan mempertimbangkan kepentingan privasi anda dengan kepentingan syarikat kami. Sekiranya kepentingan privasi anda lebih berat, kami tidak akan memproses data anda selanjutnya.

Hak untuk kemudahalihan

Anda berhak untuk meminta kemudahalihan data. Kami akan memastikan bahawa data yang tertakluk kepada hak ini disediakan kepada anda dalam bentuk berstruktur, konvensional dan boleh dibaca mesin supaya anda boleh memberikannya kepada pihak ketiga.

Aduan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan, sila hubungi atau gunakan borang hubungan.

Anda juga berhak untuk membuat aduan kepada Pihak Berkuasa Perlindungan Data.

11. Sifirdarab.com di bilik darjah

Untuk mencipta akaun pengajar, kami menjejak data berikut:

- Nama pengajar
- Alamat e-mel
- Kata laluan

Kami harus membuat penekanan bahawa Sifirdarab.com tidak tahu tentang siapa pelajar yang menggunakan Sifirdarab.com. Ini kerana nama gelaran adalah ditetapkan oleh pengajar.

12. Perubahan kepada pernyataan privasi ini

Pernyataan privasi ini tertakluk kepada perubahan. Versi terkini adalah dari November 2018.

13. Pertanyaan

Privasi adalah subjek yang amat penting. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui .