Permainan sifir

Ujian kepantasan dan diploma sifir darab.:
Ujian kepantasan Diploma Sifir 1 minit
Iklan:

Main dan belajar

Belajar sifir secara interaktif di sini. Dengan menambah elemen permainan dengan permainan sifir menjadikan nya lebih menghiburkan. Ini merupakan variasi bagus untuk ujian kepantasan, diploma sifir dan kerja latihan di sekolah dengan mengukuhkan apa yang dipelajari.

Dengan bantuan permainan pendidikan ini, anda boleh melakukan latihan tambahan untuk mempelajari semua sifir dengan cekap. Permainan sifir percuma ini ditujukan bagi mempelajari sifir yang diajar di sekolah rendah. Anda boleh bermain permainan sifir 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 dan 12. Permainan sifir ini direka khas untuk memastikan kanak-kanak belajar sifir dengan lebih seronok dan interaktif. Penekanan tidak diberikan hanya pada latihan tetapi pada keseronokan juga. Kelebihannya adalah anda dapat bermain dan belajar. Jadual sifir paling mudah dihafal jika dilakukan berulang kali. Ianya bagus untuk berlatih 10 minit setiap hari untuk mencapai keputusan terbaik melalui latihan berulang. Ini mempertingkatkan pengetahuan aritmetik faktor dan sifir kanak-kanak. Ini akan menyokong pelajar sekolah rendah yang berumur antara 5 hingga 11 tahun. Jadi, mari bermain dan belajar sifir Tahun 1 hingga Tahun 6.

Permainan matematik ini bagus untuk belajar jadual sifir. Ini merupakan latihan tambahan yang bagus bagi pendidikan sekolah rendah serta asas yang bagus untuk kerja rumah matematik di sekolah menengah. Dengan latihan dibuat dengan baik dan kerap, anda mungkin mengejutkan cikgu kelas dengan jawapan yang tepat!

Permainan sifir matematik terkini yang disediakan adalah seperti 'kucing sifir' dan 'memori sifir'. Dalam permainan kucing, anda perlu mengumpulkan mainan dan barang-barang untuk si kucing. Ini boleh dilakukan dengan melompat ke atas platform yang betul, tetapi anda perlu mengira jumlah untuk mencari platform yang betul.

Untuk permainan memori, anda boleh menguji memori dengan soalan dan jawapan. Anda boleh bermain dengan 1 atau lebih sifir darab pada masa yang sama. Apa yang menarik ialah cabaran 1 lwn 1. Anda boleh bermain dengan rakan sekelas, kawan atau juga cikgu sekolah anda.


pin it