Menu
My Smart Horse
3x3 Obby
Sticky Tables
Color Sprint
Times Tables JumpIklan
My Smart Horse
3x3 Dunk
Watermelon 3x3
Figo and Friends
Happy Burger
Pet Care 3x3
Math Adventure
Tembakan Sifir
Lumba sifir darab
Menyelam Nombor
Multiplication Penguins
Figo's Factory
Memori Sifir
Nombor Kapal Selam
Selamatkan Haiwan
Belon SpuQ
SpuQ BahagiSelamat datang ke permainan My Smart Horse!
Pertama pilih joki dan kemudian pilih kuda. Jangan lupa berikan nama yang indah untuk kuda anda! Tunggang kuda anda dalam perlumbaan untuk berlatih sifir darab satu per satu. Atau sertai pertandingan dan berlumba di 15 tempat berlainan di seluruh dunia. Kumpul semua pencapaian dan jadi seorang juara!
Untuk memenangi perlumbaan kuda anda perlu memotong setiap pelumba tetapi ia bukan mudah. Anda perlu menjawab soalan sifir darab dan melompat atas halangan untuk memenangi tempat pertama. Perlumbaan adalah gabungan perlumbaan biasa dan perlumbaan lompat, anda mungkin perlukan banyak latihan untuk menang. Perlumbaan berlangsung di atas trek tanah dan rumput.
Semasa pertandingan anda akan menjelajah seluruh dunia dan boleh menyertai perlumbaan termasyhur seperti Melbourne Cup, Epsom Derby dan Dubai World Cup. Kandang adalah tempat untuk menjaga kesihatan kuda dan pastikan ia mempunyai tenaga yang mencukupi. Anda boleh menjaga kuda anda dengan span, merapikan bulu dan air minuman selepas perlumbaan. Bagi memastikan kuda anda mempunyai tenaga mencukupi anda boleh membeli makanan untuk kuda anda seperti buah epal, rumput kering dan biji-bijian.
Jika anda mahu membeli sesuatu di kedai ekuestrian anda perlukan syiling. Anda boleh dapatkan syiling dengan menjawab soalan dengan betul, memenangi peraduan atau membuka pencapaian. Jika anda mahu membuka ítem baru anda perlu memenangi pertandingan di atas peta dunia. Kemudian, anda boleh membeli pelana, ladam kuda, selimut atau tali kajai baru. Semoga berjaya dengan permainan kuda ini untuk belajar matematik di sekolah rendah.



