Lumba sifir darab

Bagaimana permainan lumba sifir darab berfungsi?

Dalam permainan lumba sifir darab anda dibenarkan untuk memandu dalam pelbagai perlumbaan dan anda akan mara ke tahap seterusnya jika anda mendapat keputusan yang bagus. Setiap tahap membenarkan anda berlumba merentas suatu negara, anda bermula di Itali dan negara-negara lain menjadi kejutan.

Ia bukan mudah untuk ke negara seterusnya. Pertama, anda perlu menyelesaikan semua soalan matematik dengan betul untuk mara. Itu syarat asas permainan ini, tetapi anda juga perlu menjawab lebih cepat daripada pesaing anda, jika tidak, anda tidak akan sampai ke tahap seterusnya. Apabila anda menjawab lima atau sepuluh soalan dengan betul berturut-turut, anda akan terima pecutan! Sepanjang perjalanan anda akan menemui halangan seperti minyak tertumpah dan longgokan kayu. Jika anda melompat ke atasnya, ia tidak akan menggangu anda. .

Pada kebanyakan tahap anda mesti menjawab soalan tentang satu sifir darab. Permainan ini juga mempunyai tahap istimewa, soalan-soalan sifir darab bercampur-campur dan anda juga perlu menjawab lebih banyak soalan. .

Apabila anda menguasai tahap istimewa, anda akan mendapat 5 bintang manakala pada tahap biasa anda hanya boleh mendapat 3 bintang. Anda boleh mendapat sehingga 51 bintang. Semoga berjaya bermain perlumbaan sifir darab ini!


pin it