Berlatih sifir darab

Di sifirdarab.com anda dengan mudah dapat membuat latihan bagi semua sifir anda. Soalan aritmetik jelas dan mudah supaya anda boleh mula berlatih sifir dengan segera. Pilih salah satu sifir darab yang anda mahu buat daripada senarai di bawah dan tunjukkan kebolehan anda dalam ujian kepantasan atau cetak lembaran kerja yang hebat.

Sifir darab yang manakah anda mahu belajar?

Ujian kepantasan dan diploma sifir darab.

Permainan sifir

Highway Times Tables
Color Sprint
Multiplication Mage
Figo and Friends
Times Tables Jump
My Smart Horse
Rally V10
Happy Burger
Tembakan Sifir
Lumba sifir darab
Menyelam Nombor
Figo's Factory
Memori Sifir
Nombor Kapal Selam
Selamatkan Haiwan


Pilih sifir yang anda mahu buat daripada yang berikut. Mula-mula anda boleh buat sifir darab mengikut turutan dan selepas anda sudah mahir, anda boleh berlatih semua kiraan secara rawak bagi setiap sifir. Jika anda terlupa mana-mana jawapan, pergi saja ke halaman ‘semua sifir ikut turutan’ dan berlatih lagi secukupnya sebelum mencuba lagi.

Setelah anda mahir beberapa sifir darab, anda boleh pilih ujian kepantasan dan pilih sifir yang anda mahu buat dengan lebih cepat. Jika anda buat silap, anda boleh lihat jawapan yang betul pada akhir ujian. Ini akan membantu anda mempelajari semua sifir anda. Ujian kepantasan adalah latihan yang bagus untuk mendapatkan diploma sifir anda. Untuk diploma sifir, soalannya lebih pantas berbanding soalan dalam ujian kepantasan tetapi jika anda jawab kesemuanya dengan betul, anda akan dapat diploma sifir anda. Terdapat dua diploma sifir. Diploma kecil terdiri daripada 30 soalan. Diploma kecil menunjukkan bahawa anda tahu sifir darab 1,2,3,4,5 dan 10. Untuk diploma sifir besar pula, anda diberi 40 soalan yang merangkumi semua sifir daripada 1 hingga 10.

Belajar sifir secara interaktif dengan permainan sifir matematik percuma. Elemen permainan menghiburkan semasa belajar.

Sifir darab

Belajar sifir darab anda

awan sifir darab

Di sini anda boleh dapati maklumat tambahan tentang latihan sifir darab di sekolah rendah. Di kebanyakan sekolah, sifir darab diajar pada tahun 4 dan tahun 5, dan terserahlah kepada murid untuk memastikan yang mereka masih mahir sifir semasa tahun 6, 7 dan 8. Ada juga sekolah yang mengajar semua sifir pada tahun 4. Setakat yang kami tahu, sifir darab 1, sifir darab 2, sifir darab 3, sifir darab 4, sifir darab 5 dan sifir darab 10 biasanya diajar pada tahun 4. Sifir darab 6, sifir darab 7, sifir darab 8, sifir darab 9 dan semua sifir dalam tertib rawak diajar pada tahun 5.

Bukan semua anak rasa mudah untuk belajar semua sifir, jadi latihan berterusan yang kerap bagus diamalkan selepas tahun 5. Ada beberapa cara untuk memudahkan pembelajaran sifir dan cara untuk terus menguasainya seperti meletakkan nombor terkecil dahulu. Ini membuatkannya lebih mudah untuk ramai kanak-kanak menjawab dengan betul. Sebagai contoh 4 x 9 lebih mudah dijawab berbanding 9 x 4. Menterbalikkan kira-kira membuatkannya lebih mudah dijawab. Satu lagi perkara yang selalunya membantu adalah menggunakan sifir yang anda tahu untuk menjawab kiraan sifir yang lebih susah. Contohnya 6 x 7, yang selalu dianggap susah. Jika anda buat 5 x 7 terlebih dahulu dan kemudian tambah 1 x 7, lebih mudah untuk anda menjawab. Anda juga boleh melakukannya untuk penolakan. Sebagai contoh 4 x 7, di mana anda boleh buat 5 x 7 dahulu, kemudian tolak 1 x 7.

Mengapa kita berusaha untuk mempelajari sifir? Sifir darab akan kerap muncul dalam tahun-tahun seterusnya di sekolah rendah, malah di sekolah menengah juga. Anda patut melihatnya bukan saja sebagai sifir tetapi sebahagian daripada soalan matematik yang lebih besar. Ia berguna bukan saja di sekolah tetapi juga dalam hidup seharian anda supaya anda dapat, contohnya, mengira harga semasa membeli atau menjual sayur di pasar. Jika anda ada sebarang soalan, komen atau idea untuk sifirdarab.com, sila guna borang hubungan kami. Kami berbesar hati menerima maklum balas anda.

Pelan 5langkah

Belajar sifir dengan pelan 5langkah. Kami telah membangunkan pelan 5langkah yang inovatif untuk membantu pelajar belajar sifir dengan cara yang efektif dan cekap. Kaedah ini telah diuji di beberapa sekolah dan disyorkan oleh guru sekolah.
Caranya:

  • Langkah 1: Lihat, baca dengan kuat dan ulang. Untuk membiasakan diri dengan sifir.
  • Langkah 2a: Isikan jawapan sifir mengikut turutan dan semak jika semuanya adalah betul.
  • Langkah 2b: Seret jawapan yang betul ke soalan.
  • Langkah 3: Isikan jawapan untuk soalan bercampur dan semak jika semuanya adalah betul.
  • Langkah 4: Soalan objektif akan membantu meningkatkan kemahiran anda dengan melihat soalan melalui cara yang berbeza.
  • Langkah 5: Buktikan pengetahuan anda dan dapatkan diploma.

Apabila sudah selesai dengan 5 langkah, anda boleh bermain permainan memori atau berlatih menjawab kertas kerja. Cara-cara lain untuk berlatih lebih lagi adalah dengan ujian tempo, ujian 1 minit atau bermain permainan sifir.

Kami mencadangkan latihan selama 15 minit setiap hari untuk keputusan yang cemerlang.

Berlatih sifir darab dalam talian

Sifir darab penting dan tempat untuk mempelajarinya dengan cepat dan mudah terhad. Oleh itu kami telah bangunkan sifirdarab.com! Berlatih sifir darab dalam taliam sangat mudah di sifirdarab.com. Permainan darab jelas dan mudah supaya anda boleh terus mulakan. Klik pada salah satu sifir untuk terus mulakan. Anda juga boleh pilih latihan sifir darab untuk tahun 4 atau tahun 5. Isi jawapan pada garisan dan selepas selesai, klik pada ‘semak’. Anda akan lihat jawapan yang betul dan jawapan yang salah serta-merta. Anda juga boleh buat latihan sifir darab yang berlainan dalam satu latihan supaya anda boleh menguji jika anda tahu kesemuanya.

Anda juga boleh buat latihan sifir secara interaktif melalui permainan darab. Pada halaman permainan darab, kami sediakan permainan menyeret jawapan dan permainan belon sifir.

Sifir darab membentuk asas pengiraan yang anda akan buat pada tahun 6, tahun 7 dan tahun 8. Jadi, adalah penting anda memahami sifir sepenuhnya.

pin it