100 saat

Iklan:

Berapa banyak soalan yang boleh dijawab oleh anda dalam 100 saat?

Ini ialah ujian serius yang membuktikan pemahaman jadual sifir dan merupakan cara yang terbaik untuk berlatih automasi dengan aritmetik. Automasi ialah kebolehan yang penting untuk membangunkan kemahiran ilmu kira-kira.

Seperti yang dinamakan, anda diberi 100 saat untuk melengkapkan sebanyak soalan yang mungkin. Soalan bermula dengan senang dan menjadi lebih sukar sepanjang permainan. Semakin banyak soalan yang dijawab dengan betul, semakin banyak bintang anda terima. Jika anda mencipta akaun percuma, bintang dan skor tinggi anda akan disimpan di dalam kabinet piala dan akan dimasukkan dalam senarai skor tinggi.

Ujian matematik ini dihasilkan untuk menyokong pembelajaran matematik di kalangan pelajar sekolah rendah. Latihan ini boleh dilakukan di bilik darjah atau di rumah. Bolehkah anda mengalahkan skor cikgu anda? Cabaran yang seronok.

Sifir darab adalah penting untuk menjadi celik angka. Untuk keputusan optimum, cuba berlatih dengan kerap, contohnya selama 15 minit setiap sesi. Anda akan semakin mahir dan yakin dengan latihan tubi.

Anda boleh menjejak keputusan dan kemajuan anda dengan skor tinggi. Anda pasti sedar bahawa latihan kerap menambahbaik skor anda. Skor ini boleh dilihat berdasarkan skor terbaik peribadi, skor terbaik mengikut hari, skor terbaik setiap minggu dan skor tertinggi. Skor tinggi disimpan apabila anda mencipta akaun. Pendaftaran akaun adalah percuma.

Anda akan segera menerima soalan seterusnya selepas menjawab dengan betul. Jika jawapan anda salah, anda mendapat 1 lagi peluang untuk mencuba. Jika tidak tepat juga, jawapan betul akan muncul seketika sebelum soalan seterusnya. Kesilapan tidak menjadi masalah, asalkan anda belajar daripadanya. Apabila jawapan tepat muncul, perhatikan dan cuba menghafalnya. Dengan cara ini anda boleh menjawab dengan betul pada kali seterusnya.

pin it