Lembaran kerja sifir darab 6


Lihat lembaran kerja

Lihat lembaran kerja

Lihat lembaran kerja

Lihat lembaran kerja





Percuma lembaran kerja sifir darab 6

Lembaran kerja sifir darab 6 percuma boleh dijumpai di sini. Ia termasuk pelbagai latihan tubi yang boleh digunakan untuk berlatih sifir darab secara offline. Lembaran kerja ini sudah digunakan dalam pelan pembelajaran guru. Selain daripada pelan 5-langkah, latihan tubi offline ini juga merupakan cara yang berkesan untuk berlatih masalah matematik.

Agak sukar untuk menemui mnemonik yang berguna untuk sifir darab 6. Kelebihan sifir darab 6 adalah anda tidak perlu mula mempelajarinya sehingga anda menguasai jadual sifir yang lain. Dengan kata lain, anda pasti sudah biasa dengan kebanyakan ungkapan sifir darab 6. Contohnya, 6 x 1 = 6, 6 x 2 = 12, 6 x 3 = 18, 6 x 4 = 24, 6 x 5 = 30, 6 x 10 = 60. Anda hanya perlu menghafal beberapa lagi dan anda sudah menguasai sifir darab 6 sepenuhnya. Sekiranaya anda mengulang sifir darab 6 secara kerap menggunakan latihan, anda pasti boleh menghafalnya dalam masa yang singkat. Untuk hasil yang optimum, kami mengesyorkan latihan sebanyak 15 minit setiap hari.

Sifir darab adalah asas kepada perhitungan matematik yang lebih rumit dan membentukkan kefahaman matematik. Latihan yang disediakan di sini adalah sesuai untuk mata pelajaran matematik sekolah rendah. Lembaran kerja sifir darab 1 percuma ini boleh dicetak atau dimuat turun (dalam format PDF) ditujukan khas untuk pelajar sekolah rendah. Anda juga boleh menghasilkan lembaran kerja fakta sifir darab menggunakan penjana lembaran kerja. Lembaran kerja ini dijana secara rawak dan menyediakan bahan latihan tubi untuk kerja rumah atau di sekolah.

Iklan:
pin it