Aplikasi sifir darab

pin it

Aplikasi Darab, belajar sifir

Aplikasi Latihan Sifir untuk iPhone, iPad dan Android dibuat untuk sesiapa saja yang mahu belajar sifir dengan betul. Terdapat pelbagai variasi berlainan sifir yang boleh dibuat. Diploma sifir berlainan peringkat juga boleh dicapai. Aplikasi Latihan Sifir pembelajaran ini benar-benar akan membantu perkembangan anda. Kelebihan Aplikasi Latihan Sifir adalah markah anda boleh disimpan supaya anda boleh mengikuti perkembangan sendiri.

- Tiada iklan - 3 jenis latihan berlainan - Dapat medal dan diploma - Pantai perkembangan anda

Muat turun sekarang

Muat turun sekarang ios Muat turun sekarang Android


Contoh 1 Aplikasi DarabContoh 2 Aplikasi DarabContoh 3 Aplikasi Darab

36 medal dan 4 diploma boleh dianugerahkan. Anda boleh mendapat 3 medal bagi setiap sifir. Satu untuk ujian sifir mengikut turutan, satu untuk ujian aneka pilihan dan satu untuk ujian soalan terbuka. Dalam ujian ‘mengikut turutan’, anda diberi 10 soalan dalam turutan. Jika anda buat silap, anda boleh lihat jawapan betul dengan mengklik kotak merah. Bagi ujian aneka pilihan, anda diberi 10 soalan yang tidak mengikut turutan. Terdapat 4 pilihan jawapan untuk setiap soalan dan anda perlu pilih satu jawapan yang betul. Bagi ujian soalan terbuka, anda juga akan diberi 10 soalan yang tidak mengikut turutan. Anda mesti menjawab semua soalan dengan betul untuk dapat medal emas. Jika 1 atau 2 jawapan anda salah, anda akan dapat medal perak dan jika 3 atau 4 jawapan anda salah, anda dapat medal gangsa.

Terdapat 4 jenis diploma sifir. Diploma mini – ini untuk pengetahuan sifir darab 1, 2 dan 10. Semuanya ada 25 soalan terbuka dan anda perlu menjawab semuanya dengan betul. Diploma kecil pula menunjukkan pengetahuan sifir darab 1,2,3,4,5 dan 10 anda. Anda perlu menjawab 40 soalan dan sekali lagi, anda perlu menjawab semuanya dengan betul. Diploma susah adalah diploma untuk sifir yang susah: sifir darab 6,7,8 dan 9. Untuk diploma ini, anda perlu menjawab 35 soalan dan semuanya mestilah dijawab dengan betul. Diploma besar adalah diploma untuk semua sifir. Untuk diploma ini, anda perlu menjawab tidak kurang daripada 60 soalan dan semuanya mesti betul juga.